Label: Soal Jawab Ibadah
Jawapan oleh Profesor Dr Ali Jum’ah (Mufti Mesir) :
Saidatina
Aisyah RadiyaLLahu’anhu pernah diimami solatnya oleh seorang maula (budak
lelaki yang telah dimerdekakan) miliknya yang bernama Zakwan. Pada saat
mengimamkannya itu, dia (Zakwan) membaca dari mushaf.
(Disebutkan
oleh Bukhari secara ta’liq (tanpa menyebutkan salah satu atau semua sanad, dan
penyebutan dengan kalimah pasif). Sahih Bukhari, vol 1 hlmn 245, Bab Imamat al
Abdi wa Al Maula; diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Ibnu Abi
Syaibah, vol 2, hlmn 123; dan Baihaqi, As Sunan Al Kubra, vol 2, hlmn 253).
Oleh itu,
para alim ulama dari Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali berpendapat boleh
melakukannya.
Pendapat
mazhab ini disampaikan oleh Imam Nawawi; beliau berkata, :
Seandainya
dia membaca Al Quran dari mushaf, tidak batal solatnya, baik dia hafal atau
tidak. Malah, wajib baginya melakukan itu (membaca dari mushaf) sekiranya dia
tidak menghafal al Fatihah. Seandainya dia membolak-balikkan lembarannya (al
Quran) di dalam Solat, tidak batal solatnya.
Demikian
dinyatakan oleh Imam Shafie secara nas di dalam Al Imla dan diterapkan oleh
para sahabat (ulama’ mazhab kami). – Imam Nawawi, Al Majmu’, vol 4, hlmn 27.
Syaikh
Rahibani mengambil pendapat Imam Ahmad radiyaLLahu ‘anhu, beliau berkata, ”
Boleh bagi orang yang solat (membaca, melihat dan memandang mushaf), iaitu
melihat al Quran.
Imam
Ahmad berkata “Tidaklah mengapa dia melakukan solat malam (qiyamulail) dengan
orang-orang lain dengan dia melihat mushaf.” Ditanyakan kepada Imam Ahmad
radiyaLLahu anhu. “Bagaimanakah dengan solat fardhu”? Imam Ahmad menjawab, Aku
tidak mendengar sedikitpun tentang hal itu.
Az Zuhri
pernah ditanya tentang seorang lelaki yang membaca mushaf (ketika di dalam
solat) di bulan Ramadhan. Beliau (az Zuhri) menjawab,
“Orang-orang yang terpilih (tokoh-tokoh) di antara kami membaca al Quran dari mushaf-mushaf
:. – Syaikh Ar Rahibani, Mathalib Ulin Nuha, vol 1, hlmn 483 dan 484.
“Orang-orang yang terpilih (tokoh-tokoh) di antara kami membaca al Quran dari mushaf-mushaf
:. – Syaikh Ar Rahibani, Mathalib Ulin Nuha, vol 1, hlmn 483 dan 484.
Hanya
pada kalangan ulama Mazhab Maliki sahaja yang menyatakan hukumnya (membaca
mushaf) adalah makruh ketika sedang solat fardhu atau solat sunat. Sementara
pada ulama’ Mazhab Hanafi adalah berbeza-beza pendapat di kalangan mereka.
Atas
dasar ini, kami berpandangan adalah rajih dan kuatnya pendapat majoriti
(kebanyakan) besar pada ulama’ bahawa membaca al Quran dari mushaf di dlam
solat itu adalah sah dan tidaklah ada dosa padanya (membaca al Quran dari
mushaf). Dan ALlah subahanahu wa ta’ala. Yang Maha Tinggi lagi Maha Mengetahui.
Sumber :
Prof Dr
Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li
Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan