Sejarah Sekolah


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Rendah Kebangsaan Kampong Baru ditubuhkan pada tahun 1967. Ketika ditubuhkan sekolah ini menumpang di Bangunan Kelab Belia kini dikenali sebagai Bangunan Seberkas. Pada mulanya hanya terdapat 27 orang murid yang terdiri daripada murid Iban, Melayu dan Cina belajar di sekolah ini. Guru besar yang pertama ialah En. Jarawi Hj. Nuawi. Selepas itu tugas guru besar sekolah ini diambil alih oleh Pn. Sadiah Hj.Nuawi hingga tahun 1996. Bermula tahun 1997 jawatan guru besar telah dipegang oleh En. Yusuf Bin Mohamad.

        Pada tahun 1982 SRK Kampong Baru berpindah ke bangunan sendiri di atas sebuah bukit berdekatan Sungai Kapit. Bermula pada tahun 1985 SRK Kampong Baru mempunyai kelas penuh iaitu daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. Pada tahun ini terdapat 11 orang guru termasuk Guru Besar  bertugas di sekolah untuk mengajar seramai 195 orang murid. Sewaktu ditubuhkan sekolah ini mempunyai 4 orang pengerusi  PIBG :-
1.     Haji Nuawi Daud
2.    En Jalil Borda
3.   En Christopher Sanggau
4.    En Hj September Johar


Setakat ini pencapaian SRK Kampong Baru dibidang akademik dan kokurikulum adalah cukup memberangsangkan.

v    Keputusan  terbaik dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 Bahagian Kapit pada tahun 1985 .
v    Keputusan terbaik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Bahagian Kapit pada tahun 1987
        (mengatasi peratusan negeri ) .
v    Johan Pesta Tarian Bahagian Kapit pada tahun 1985 hingga 1988 .
v    Johan Pertandingan Kuiz Sekolah Rendah Daerah Kapit pada tahun 1988 .
v    Johan dalam lain-lain pertandingan seperti Melukis Poster , Lalu-lintas Jalanraya dan lain-lain  
         Lagi .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Iqra'

Read more: http://www.kompiajaib.com/2012/07/al-quran-flash-online-widget-untuk-blog.html#ixzz2LoAxaXYc