Khamis, 28 Februari 2013

TAHNIAH.....

 Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab mengucapkan tahniah kepada 3 orang pelajar mendapat keputusan cemerlang  5A dalam UPSR 2012


                                                         Sharil Bin Nasri



                                            Aiman Nabil Bin Mohd Ikhmal



                                                  Nur Athirah Binti Bunsu

Atas usaha anda yang gigih , kami tenaga pengajar warga SKKB Kapit sentiasa mendoakan agar kejayaan yang berterusan menjadi milik anda....TAHNIAH

Rabu, 27 Februari 2013

FORUM



















                     
                            JAIS bahagian Kapit telah menganjurkan Forum  Di Masjid Jabal Al-Nur
                                                     " Wasatiah Tonggak Kesatuan Ummah "

Ahad, 24 Februari 2013

Nasihat Seorang Ayah Kepada Anaknya

نَصِيحَةُ وَالِدٍ لِوَلَدِهِ

Nasihat Ayah Kepada Anaknya

يَا بُنَيَّ! "الحَيَاءُ مِنَ الإِمَانِ"، وَعَلاَمَةُ تَقْوَى اللهِ، وَمَنْ لاَ حَيَاءَ فِيهِ لاَ خَيْرَ فِيهِ.

Wahai anakku! "Malu itu sebahagian daripada iman", Ia tanda takwa kepada Allah.Sesiapa yang tiada sifat malu, tiada kebaikan pada dirinya.

يَا بُنَيَّ! فَرَاغُ الإِنْسَانِ مِنْ العَمَلِ، مَعَ صِحَّتِهِ وَقُدْرَتِهِ عَلَيْهِ، مِنَ الأُمُورِ الَّتِي لاَ يَرْضَاهَا العُقَلاَءُ لأنْفُسِهِمْ، لأَنَّ الفَرَاغَ يَهْدِمُ صِحَّةَ الإِنْسَانِ وَيُتْلِفُ ثَرْوَتَهُ، وَلاَ خَيْرَ فِي ضَيَاعِ الصِّحَّةِ وَالثَّرْوَةِ.

Wahai anakku! "Leka manusia daripada kerja-dalam keadaan dia sihat dan berkemampuan melakukannya-di antara perkara yang tidak di redhai oleh mereka yang berakal waras berlaku pada diri mereka, kerana kelekaan itu boleh memusnahkan kesihatan manusia dan membinasakan hartanya. Tiada kebaikan pada mempersiakan kesihatan dan harta benda.

يَا بُنَيَّ! "مَنْ تَوَاضَعَ للهِ رَفَعَهُ"، فَكُنْ مُتُوُاضِعًا لِمَنْ هُوَ دُوْنَكَ، فَإِنَّ التَّوَضُعَ مِنْ أمَارَاتِ العَقْلِ، وَإِنَّ الْمُتَوَضِعَ يَرْفَعُهُ تَوَاضُعُهُ فِي نُفُوسِ النَّاسِ.

Wahai anakku! "Sesiapa yang merendah diri, Allah akan mengangkat darjatnya". Maka kamu jadilah orang yang merendah diri kepada orang lain. Sesungguhnya merendah diri itu diantara tanda-tanda orang berakal. Orang yang merendah diri akan di angkat kedudukannya dalam diri orang lain oleh sifat tersebut.

يَا بُنَيَّ! "الكِبْرُ مَذْمُوْمٌ"، يَحُطُّ مِنْ مَنْزِلَةِ الإِنْسَانِ، ويُزِيلُ مَحَبَّتَهُ مِنَ القُلُوبِ، ومَا تَكَبَّرَ أَحَدٌ عَلَى النَّاسِ إِلاَّ لِنَقْصٍ فِي نَفْسِهِ يَسْتُرُهُ بِالْكِبْرِ، لِيُوهِمَ أَنَّهُ مُبَرَّأٌ مِنَ الْعُيُوبِ.

Wahai anakku! "Sifat ego itu keji". Ia boleh merendahkan kedudukan manusia dan menghilangkan kasih sayang dari hati mereka. Seseorang itu tidak akan sombong terhadap orang lain melainkan kerana sesuatu kekurangan dalam dirinya yang dia cuba menutupnya dengan keegoan, agar dia dapat "mengaburi" bahawa dia terlepas daripada segala keaiban.

يَا بُنَيَّ! "اَلْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ"، وَهُوَ إِسْدَاءِ الْمَعْرُوْفِ لِمُسْتَحِقِّهِ، فَبِرُّ الوَالِدَيْنِ إِطَاعَتُهُمَا وَمُسَاعَدَتُهُمَا، وَبِرُّ الأَهْلِ العَطْفُ عَلَيْهِمْ، وخَيْرُ أَنْوَاعِ الْبِرِّ أَنْ يُعَامِلَ الإِنْسَانُ النَّاسَ بِاللِّيْنِ وَالْبَشَاشَةِ وَالرِّفْقِ، الَّتِي هِيَ مِنْ مَكَارِمِ الأَخْلاَقِ.

Wahai anakku! "Budi itu ialah perangai yang baik". Iaitu melunaskan kebaikan kepada orang yang berhak. Berbudi kepada orang tua ialah mentaati dan menolong kedua-duanya dan berbudi kepada keluarga ialah bersimpati terhadap mereka. Sebaik-baik budi ialah seseorang itu bergaul dengan manusia lain secara lembut, ceria dan santun, yang merupakan sebahagian daripada kemuliaan akhlak.

Khamis, 21 Februari 2013

Sejarah Palestin & Israel

Tanah Rahmat 
Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Rabu, 20 Februari 2013

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W



Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah :
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Selasa, 19 Februari 2013

Hukum Membaca Al Quran Secara Langsung Dari Mushaf (Al Quran) Ketika Solat


Label: Soal Jawab Ibadah
Jawapan oleh Profesor Dr Ali Jum’ah (Mufti Mesir) :
Saidatina Aisyah RadiyaLLahu’anhu pernah diimami solatnya oleh seorang maula (budak lelaki yang telah dimerdekakan) miliknya yang bernama Zakwan. Pada saat mengimamkannya itu, dia (Zakwan) membaca dari mushaf.
(Disebutkan oleh Bukhari secara ta’liq (tanpa menyebutkan salah satu atau semua sanad, dan penyebutan dengan kalimah pasif). Sahih Bukhari, vol 1 hlmn 245, Bab Imamat al Abdi wa Al Maula; diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah, Mushannaf Ibnu Abi Syaibah, vol 2, hlmn 123; dan Baihaqi, As Sunan Al Kubra, vol 2, hlmn 253).
Oleh itu, para alim ulama dari Mazhab Syafie dan Mazhab Hambali berpendapat boleh melakukannya.
Pendapat mazhab ini disampaikan oleh Imam Nawawi; beliau berkata, :
Seandainya dia membaca Al Quran dari mushaf, tidak batal solatnya, baik dia hafal atau tidak. Malah, wajib baginya melakukan itu (membaca dari mushaf) sekiranya dia tidak menghafal al Fatihah. Seandainya dia membolak-balikkan lembarannya (al Quran) di dalam Solat, tidak batal solatnya.
Demikian dinyatakan oleh Imam Shafie secara nas di dalam Al Imla dan diterapkan oleh para sahabat (ulama’ mazhab kami). – Imam Nawawi, Al Majmu’, vol 4, hlmn 27.
Syaikh Rahibani mengambil pendapat Imam Ahmad radiyaLLahu ‘anhu, beliau berkata, ” Boleh bagi orang yang solat (membaca, melihat dan memandang mushaf), iaitu melihat al Quran.
Imam Ahmad berkata “Tidaklah mengapa dia melakukan solat malam (qiyamulail) dengan orang-orang lain dengan dia melihat mushaf.” Ditanyakan kepada Imam Ahmad radiyaLLahu anhu. “Bagaimanakah dengan solat fardhu”? Imam Ahmad menjawab, Aku tidak mendengar sedikitpun tentang hal itu.
Az Zuhri pernah ditanya tentang seorang lelaki yang membaca mushaf (ketika di dalam solat) di bulan Ramadhan. Beliau (az Zuhri) menjawab,
“Orang-orang yang terpilih (tokoh-tokoh) di antara kami membaca al Quran dari mushaf-mushaf
:. – Syaikh Ar Rahibani, Mathalib Ulin Nuha, vol 1, hlmn 483 dan 484.
Hanya pada kalangan ulama Mazhab Maliki sahaja yang menyatakan hukumnya (membaca mushaf) adalah makruh ketika sedang solat fardhu atau solat sunat. Sementara pada ulama’ Mazhab Hanafi adalah berbeza-beza pendapat di kalangan mereka.
Atas dasar ini, kami berpandangan adalah rajih dan kuatnya pendapat majoriti (kebanyakan) besar pada ulama’ bahawa membaca al Quran dari mushaf di dlam solat itu adalah sah dan tidaklah ada dosa padanya (membaca al Quran dari mushaf). Dan ALlah subahanahu wa ta’ala. Yang Maha Tinggi lagi Maha Mengetahui.
Sumber :
Prof Dr Ali Jum’ah, Penjelasan Terhadap Masalah-masalah KhilafiahAl Bayan – Al Qawin li Tashbih Ba’dhi al Mafahim, .2008, Penerbitan Dar Hakamah, Selangor

Gotong-Royong SKKB

 



Isnin, 18 Februari 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 2013





















PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA SKKB DALAM MENJAYAKAN PROGRAM SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT

13 WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA





Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk
mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk
berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-

·         Semasa Lailatul-Qadar.
·         Ketika hujan turun.
·         Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
·         Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
·         Di tengah malam.
·         Di antara azan dan iqamah.
·         Ketika sujud dalam solat.
·         Ketika iktidal akhir dalam solat.
·         Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.
·         Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan
·         sepertiga akhir (waktu sahur).
·         Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana
mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang
terletakdi antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
·         Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu
asar dan maghrib.

BILIK AGAMA
















                         Hasil usaha semua guru2 SK Kampong Baru dalam menaik taraf bilik agama.
                                          Terima kasih... Terima kasih... Terima kasih

Iqra'

Read more: http://www.kompiajaib.com/2012/07/al-quran-flash-online-widget-untuk-blog.html#ixzz2LoAxaXYc