Kelebihan
Nisfu Sya’ban
Rasulullah
sallALLAHU ‘alaihi wasallam bersabda:
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya
pada malam nisfu Sya’ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik
(orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).
(Riwayat
Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam
Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah
al-Ma`arf, Riyadh)
Hadith
di atas adalah satu2nya dijumpai diriwayatkan SAHIH dari Rasulullah SAW berkenaan
fadhilat nisfu Sya’ban. Itupun hanya dinilai sahih oleh ‘ulama
mutaakhir. Selain daripada di atas, “hadith-hadith” berkenaan nisfu
Sya’ban adalah maudhu’ (palsu) dan dhaif (lemah).
Adapun
berkenaan beberapa amalan masyarakat umum dalam menyambut nisfu Sya’ban,
berikut disenaraikan beberapa pandangan ‘ulama muktabar tentangnya:
(1) Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Tidak
pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka
berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a
tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri
orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam
tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua
raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak
bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah
dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya
satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga
bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti
yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah
bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang
dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala
keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang
diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang
sesat itu dalam neraka.”
(Dr.
Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)
(2) Dr. Yusuf al-Qaradawi:
(Tentang
malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih
yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian
ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa
tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita
berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut
di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam
ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang
dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya
adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah
salah).
(Terdapat
juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di
masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat
supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan
manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari
kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih,
juga bersalahan dari segi maknanya).
(Al-Qaradhawi,
Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
(3) Al-Hafiz al-Iraqi:
Hadis
tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan
disandarkan kepada Rasulullah saw.
(4) Al-Imam al-Nawawi di dalam
kitabnya al-Majmu’:
Solat
yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat
antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat
pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang
yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama).
(Rujuk:
Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3,
Uni.Islam Madinah, hal. 14).
(5) Abd al-Aziz bin Abdullah
bin Baaz:
Dan
di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan
malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada
sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang
kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun
riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah
maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu).
(Abd
al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).
(6) Al-Imam as-Suyuti:
(Dan
pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan
ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan
dalam bentuk berjemaah).
(Rujuk:
al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar
al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)
Kesimpulan
saya:
- Beribadatlah mengikut apa yang
telah disyariatkan melalui nas sahih yang diperolehi dari al-Quran dan
as-Sunnah. Jangan sekadar ikut-ikutan, tanpa sandaran yang kukuh.
- Berhati2lah dengan ancaman
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam hal berdusta ke atas Baginda
SAW. (Berdusta ke atasnya bermaksud menyandarkan sesuatu amalan dan
perkara, walhal Nabi SAW tak pernah berkata sebegitu).
Sesungguhnya
berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang
lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan
sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari,
Muslim, dan selain mereka)
Semoga ALLAH Yang Maha Pengampun
mengampuni dosa-dosa kita, amin.
wAllahu ta’ala a’lam.